Jumat, 02 Desember 2011

pemasaraninternet.ytp.com

Kepentingan Pemasaran Jaringan Sosial Hari Ini

Hari ini, dimensi pemasaran telah banyak berubah. Pemasaran berteknologi tinggi kini melibatkan lebih banyak alat-alat pemasaran seperti blogging, Web 2.0, forum dan jaringan sosial (social networking). Ia tidak lagi terhad kepada menjual produk atau menyediakan servis. Apabila anda seorang pemilik bisnes, matlamat anda ialah untuk memahami pasaran yang menjadi sasaran anda dan mengenali atau mengenalpasti kehendak dan keperluan para pelanggan anda sebaik mungkin. Anda harus berusaha untuk menjadi orang yang mereka percayai.

Jika anda melihat di Internet, anda akan dapati begitu banyak sekali alat-alat pemasaran online yang membantu anda dalam menjual produk atau servis anda. Tujuan utama situasi ini ialah untuk membantu membawa trafik ke laman web anda dan membolehkan orang ramai mengetahui tentang servis anda dan sekaligus mendapatkannya. Twitter merupakan salah satu alat jaringan sosial yang sangat membantu anda mendapatkan trafik yang berkualiti ke laman web anda.
Hari ini terdapat beberapa orang yang baru menggunakan Internet. Mereka menggunakan berbagai cara untuk mendapatkan maklumat yang mereka cari, selain daripada menggunakan enjin carian. Ini menunjukkan bahawa jika anda ingin menjalankan bisnes dengan baik anda mestilah menjadikannya boleh diakses melalui pelbagai cara, bukan sekadar melalui enjin carian semata-mata.
Pengiklanan berbayar adalah popular tetapi ia tidak sentiasa berfungsi dengan sepatutnya kerana terdapat begitu ramai sekali orang-orang yang menggunakan enjin carian. Pemasaran online hari ini biasanya dijalankan oleh alat-alat seperti blog, social bookmarking dan social networking. Semua ini membentuk bahagian kejayaan sesebuah promosi pemasaran Internet.
Laman-laman social networking semakin mendapat populariti sekarang ini apabila dilihat dari sudut perniagaan. Terdapat beberapa laman-laman web seperti MySpace, Twitter dan LinkedIn serta Facebook yang digunakan oleh para profesional untuk menjalankan promosi bisnes dan populariti jenama. Konsep asas pemasaran melalui social networking ialah anda mendapat pendedahan yang sewajarnya, interaksi dengan mereka yang sepatutnya, menarik lebih banyak trafik ke laman web untuk meningkatkan lagi populariti bisnes anda.
Sumber: RahmanBaco.com

Betulkah Ada Bisnes Internet Tanpa Modal?

Apabila terbaca sesetengah kenyataan yang mengatakan anda tak perlukan modal untuk memulakan bisnes internet, saya rasa agak kurang betul dengan kenyataan tersebut. Ianya juga boleh memberikan gambaran bahawa anda boleh mencipta wang yang banyak tanpa mengeluarkan sebarang pelaburan pun. Adakah ini logik di dalam fikiran anda?
Walhal, jika anda peka dengan perniagaan internet sekarang, anda akan jumpa ramai individu yang telah pun mengeluarkan wang ribuan ringgit, usaha yang bukan sedikit dan masa yang banyak untuk menghasilkan RM100 pertama mereka di internet tetapi masih lagi gagal. Jika benar yang perniagaan internet tidak memerlukan modal, individu-individu sebegini sepatutnya telah pun menghasilkan bukan setakat RM100 tetapi ribuan ringgit setiap bulan.

Jadi, tak kiralah daripada siapa anda belajar, yang pasti anda perlu mendengar nasihat daripada orang yang betul kerana tersilap nasihat, anda mungkin akan melakukan perkara yang tidak betul dan akhirnya anda sendiri juga yang kecewa.
Saya percaya kepada ilmu, usaha dan tempoh untuk berjaya di dalam setiap perkara berkaitan dengan perniagaan (bukan setakat bisnes internet tetapi juga bisnes konvensional). Itulah sebabnya juga saya bermula dengan menimba ilmu dahulu sebelum saya terjun ke bidang perniagaan internet. Saya timba ilmu melalui pembacaan sendiri, seminar, ebook dan sebagainya. Ianya mengambil masa beberapa bulan sebelum saya membina laman web bisnes pertama saya. Kemudian saya bekerja keras untuk menghasilkan jualan. Walaupun komisyen jualan pertama saya cuma bernilai kurang US$10 pada bulan ketiga saya di dalam bisnes internet, saya puas hati. Pelaburan sebanyak ribuan ringgit telah dihabiskan tetapi saya mula percaya kepada diri saya sendiri – percaya yang saya boleh menghasilkan lebih banyak pendapatan melalui internet dengan hasil pertama saya.
Di sini, kenapa saya ceritakan serba sedikit tentang pengalaman pertama saya?
Jawapannya mudah. Jika anda hendak belajar melalui pengalaman, belajar melalui pengalaman orang lain yang telah berjaya supaya anda boleh ikuti jejak langkah mereka dan supaya anda sendiri tidak melakukan kesilapan yang telah orang lain lakukan. Ya, anda masih akan lakukan kesilapan anda sendiri tetapi mudah-mudahan kesilapan anda tidak melibatkan jumlah wang ringgit, masa dan usaha yang banyak.
Satu lagi jawapan kepada soalan yang saya utarakan di atas ialah untuk menunjukkan bahawa saya sanggup keluarkan wang yang banyak untuk bina bisnes internet saya. Saya bukannya goyang kaki dan tidak keluarkan sebarang modal untuk bisnes internet saya. Itulah sebenarnya pembayang kepada anda.
Modal bisnes internet anda ialah 3 perkara.
1. Wang Ringgit
2. Usaha
3. Masa
Supaya anda tidak terperangkap dengan kenyataan yang terpesong tentang tidak perlunya modal di dalam bisnes internet, biar saya berikan contoh yang ringkas kepada anda.
Program affiliate merupakan program yang amat mudah untuk anda sertai. Dengan program affiliate, anda tak perlu cipta produk atau layan kerenah pembeli yang pelbagai. Promosi sahaja link affiliate anda dan bila jualan terhasil, anda akan diberikan komisyen jualan tersebut. Disebabkan ada banyak sumber pemasaran di internet, anda boleh gunakan Facebook, Forum, Youtube dan sebagainya secara PERCUMA untuk menghasilkan jualan. Dan ternyata, ada banyak individu menghasilkan jualan sebegini melalui medium yang saya sebutkan.
Nah, kalau hendak dilihat daripada penghasilan komisyen jualan melalui medium pemasaran sebegini, anda mungkin akan percaya bahawa memang anda boleh menjana komisyen secara percuma.
Tetapi, anda jangan mudah terperangkap dengan kenyataan bahawa bisnes internet tidak memerlukan modal hanya disebabkan contoh yang belum cukup konkrit ini.
Kenapa saya katakan begitu?
Ya, memang benar anda mungkin boleh menghasilkan jualan affiliate dengan medium pemasaran percuma di atas tetapi masalahnya ialah berapakah jumlah komisyen yang dihasilkan? Adakah ianya sehingga ribuan ringgit secara konsisten? Adakah ianya memberansangkan?
Mengikut pengalaman saya, walaupun anda boleh menghasilkan jualan dengan cara yang dinyatakan di atas, jumlahnya tidak cukup untuk dibandingkan dengan jumlah komisyen affiliate yang menghasilkan jualan dengan cara dan strategi bisnes mereka sendiri apabila mereka benar-benar mempromosikan sesebuah produk. Jadi, tidak hairanlah anda akan lihat ada yang menghasilkan komisyen ratusan dan ribuan ringgit dengan mempromosikan produk yang sama di mana anda mungkin hasilkan satu atau dua jualan sahaja.
Jika anda tidak percaya, kaji bagaimana “top affiliate” menghasilkan jualan yang banyak dan saya pasti anda akan dapati mereka menggunakan “modal bisnes” mereka sendiri, samada wang ringgit, masa atau usaha.
Contohnya, walaupun pemasaran melalui email adalah percuma tetapi mereka, top affiliate ini, masih perlu bayar yuran servis penggunaan autoresponder setiap bulan bagi menghantar email promosi kepada prospek dan pelanggan. Ada yang perlu keluarkan RM1,000 untuk penggunaan servis autoresponder sahaja kerana jumlah “subscriber” mereka yang besar.
Satu contoh lagi ialah anda mungkin akan melihat bahawa top affiliate ini menyediakan hadiah bonus yang memerlukan mereka mengeluarkan wang untuk membeli hadiah bonus tersebut untuk diberikan kepada prospek sekiranya mereka membeli produk affiliate saranan mereka. Tidakkah ini modal berbentuk “wang ringgit” dan mungkin juga “usaha” sekiranya hadiah bonus yang ditawarkan adalah produk ciptaan mereka sendiri?
Sebenarnya, ada banyak contoh menunjukkan bahawa untuk membina sesebuah bisnes internet, anda mesti keluarkan modal.
Mungkin kenyataan “bisnes internet tak perlukan modal” yang dikhabarkan kepada anda sebelum ini bermaksud “bisnes internet yang tak perlukan modal wang ringgit” seperti model program affiliate tetapi anda perlu ingat bahawa anda masih perlukan usaha untuk menghasilkan jualan dan usaha memerlukan masa. Tidakkah masa juga amat berharga yang semestinya melebihi wang ringgit?
Jadi, secara ringkasnya, saya hendak menukarkan pemikiran anda yang bisnes internet memerlukan modal untuk anda berjaya. Dan di sini, saya berikan satu contoh kepada anda sekiranya anda ingin bina bisnes internet dengan hanya mempromosikan program affiliate.
Saya sendiri melakukan strategi ini dan semoga ianya menjadi contoh permulaan kepada anda.
1. cipta satu landing page di mana ini merupakan laman web untuk mengumpul nama dan email pelawat ke lawan web anda. Pastikan laman web ini berkisar kepada bidang atau topik pilihan anda seperti “kerjaya”, “peluang perniagaan” dan sebagainya.
2. gunakan autoresponder seperti Aweber, GetResponse atau TrafficWave untuk meletakkan borang langganan ke dalam laman web yang saya maksudkan ini. Servis sebegini mampu mengumpul email dan nama pelawat ke dalam “database” (pengkalan data) anda di mana anda boleh email kepada mereka yang berada di dalam database anda pada bila-bila masa.
3. promosi landing page anda secara konsisten dan besar-besaran samada dengan menggunakan medium pemasaran percuma atau berbayar.
4. promosi program affiliate melalui email autoresponder anda.
Inilah cara yang amat ringkas untuk anda bina bisnes internet sekiranya anda pilih model “program affiliate” dan pastinya anda lihat ada usaha, masa dan wang ringgit yang perlu dilaburkan untuk menjayakan misi ini.
Contohnya, untuk membina landing page, anda perlukan nama domain dan webhosting.
Anda boleh daftar nama domain melalui laman web di bawah:
Namecheap – http://www.namecheap.com?aff=6335
GoDaddy – http://x.co/Zn5S
Dan terdapat banyak servis webhosting yang anda boleh langgani. Berikut adalah beberapa sumber yang saya sendiri guna.
Host Then Profit – http://specialoffer.hostthenprofit.com
WebhostingPad.com – http://www.webhostingpad.com/10141.html (guna link ini untuk harga istimewa $1.99 setiap bulan)
Untuk servis autoresponder, pilih salah satu daripada di bawah mengikut kemampuan anda.
Aweber – http://www.bisnesdigital.com/aweber
Getresponse – http://www.bisnesdigital.com/getresponse
TrafficWave – http://www.bisnesdigital.com/trafficwave
Mengikut anggaran, modal wang ringgit anda untuk pemasangan sistem bisnes anda di atas cuma mungkin lebih sedikit daripada RM60 setiap bulan, dan sekiranya ini pun menjadi masalah untuk anda, fikirkan berapa banyakkah yang akan anda keluarkan untuk memulakan bisnes konvensional yang memerlukan premis perniagaan, kedai dan sebagainya.
Akhir sekali, saya suka melihat bisnes internet seperti operasi bisnes konvensional yang lain. Ianya akan memberi perspektif dan motivasi untuk menjalankan bisnes internet seperti yang diperlukan di dalam dunia bisnes sebenar. Jika pilihan anda ialah untuk membina bisnes internet yang sebenar, lupakan tanggapan bahawa tiada modal diperlukan di dalam bisnes. Ini kerana modal masa, usaha dan wang ringgit anda masih lagi diperlukan untuk membina sistem, strategi dan aktiviti pemasaran anda.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet. Di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan adalah GDI, GVO, GVO Conference, TrafficWave, Getresponse, Aweber, MLM Brilliance dan banyak lagi. Anda boleh mengikuti jejak langkah Zamri Nanyan dengan menyertai satu atau dua dahulu program yang beliau sarankan di atas dan promosi sehingga berjaya. Kemudian, tambah lagi saluran pendapatan berulang anda dengan mempromosikan lebih banyak program keahlian yang beliau sarankan.
Sumber Asal: BisnesDigital.com

Pemasaran Emel : Bagaimana Mempromosi Dengan Lebih Mudah?

Pemasaran emel juga mempunyai ‘seninya’ tersendiri. Bermaksud, ia perlu dirancang dan diurus dengan baik, agar kita mendapat hasil yang seoptimum mungkin.
Bagi anda yang mempunyai autoresponder, wujudkan sekurang-kurangnya dua jenis LIST:
1. Bakal pembeli – Iaitu mereka yang belum pernah membeli daripada kita. List ini biasanya terhasil daripada Squeeze Page, di mana kita tawarkan maklumat percuma / newsletter.
2. Pembeli sedia ada – Mereka yang telah membeli produk daripada kita. Untuk list ini, wujudkan ‘campaign’ khas untuk produk itu di Autoresponder.
Menjual kepada pembeli sedia ada adalah lebih mudah berbanding mencari dan menjual kepada pembeli-pembeli baru (prospek). Malah, untuk mendapat hasil yang cepat (quick cash), menjual kepada pembeli sedia ada adalah pilihan terbaik.

Tip Extra 1: Jika kita promosikan produk kita sendiri kepada pembeli sedia ada, berikan ‘reward’ kepada mereka sekurang-kurangnya harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar untuk orang luar.
Tip Extra 2: Wujudkan juga list atau segmen* VIP, untuk bakal pelanggan yang ‘pasti’ membeli. List ini adalah mereka yang banyak duit, bisnes maju, otai-otai, pelanggan yang sukses dan sebagainya. Peratusan untuk mereka membeli adalah tinggi, dengan syarat offer (tawaran) dan produk kita adalah bagus.
Tip Extra 3: Wujudkan satu list “pembeli 100%”, di mana pada squeeze page, kita nyatakan hanya mereka yang berminat untuk mengetahui promosi produk kita sahaja yang ‘diizinkan’ mendaftar. Kiranya, list ini betul-betul untuk promosi sahaja.
*Sesiapa yang guna autoresponder, dia akan tahu apa itu segmen.
Pendek kata, pelbagai jenis ‘segmen’ yang boleh kita wujudkan untuk menyampaikan mesej dan layanan yang berbeza-beza.
Tiada syarat khas dalam hal ini. Yang penting adalah kreativiti.

Penulis: smartzul

Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan pengusaha perniagaan Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak dari tahun 2005 lagi. Buat masa ini beliau lebih kepada penghasilan produk-produk informasi seperti ebook, video, audio, manual, simple systems dan juga laporan ringkas (special report).
Sumber Asal: Blog SmartUsaha.com

Cara Mudah Promosi Produk Affiliate

Saya menerima banyak emel bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate. Jadi untuk memudahkan kerja saya, saya sediakan post ini. Jadi lain kali, saya hanya perlu minta mereka rujuk post ini. Bukan malas untuk reply, tetapi memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Work smart.. :P
Sebelum tu, biar saya terangkan dulu menatang apa tu affiliate. Kasar pulak ye. Ok. Apa yang dimaksudkan dengan affiliate ni?
Kalau ikutkan WikiPedia, affiliate adalah
Marketing practice in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought about by the affiliate’s own marketing efforts
Maksudnya: Kaedah pemasaran dalam perniagaan yang menawarkan ganjaran kepada agen affiliate yang membawa pelanggan menerusi usaha yang dilakukannya.
Kita pergi kepada istilah-istilah penting dalam Affiliate Marketing ini.
  1. Program Affiliate  – ia bermaksud perniagaan yang menawarkan komisen atau insentif bagi mempromosikan produk mereka. Mereka ini adalah business owner. Mereka yang akan menguruskan pembayaran komisen kepada agen affiliate. Biasanya komisen berdasarkan jualan, lead dan sebagainya.
  2. Agen Affiliate – ia bermaksud ahli kepada program affiliate. Mereka akan diberikan link affiliate yang tersendiri yang digunakan untuk mengesan jualan yang dilakukan. Ia memerlukan pendaftaran.
  3. Sistem Affiliate – ia bermaksud sistem pengurusan bagi program affiliate. Ia akan menyimpan semua data seperti maklumat agen affiliate,link affiliate, tools pemasaran affiliate, maklumat klik, referal site (sumber dari mana pelawat datang)  dan pelbagai statistik bergantung kepada kecanggihan sesuatu sistem affiliate.

Saya harap anda boleh membezakan ketiga tiga entiti ini. 3 pihak ini yang akan terlibat ini. Jika sebut pasal affiliate, pasti kesemua pihak ini akan terlibat. Jika salah satu daripadanya tiada, ia bukanlah satu bisnes affiliate.
Perlu bayar ke untuk menjadi Agen Affiliate? Perlu modal ke?
Jawapannya tidak. Kebanyakan program affiliate adalah percuma.Ya. Percuma. Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menyertai program affiliate. Jangan sertai jika mereka meminta anda membayar.
Tapi ada program affiliate berbayar. Itu bagaimana?
Kebanyakan program berkenaan boleh dikatakan bukan program affiliate sebaliknya ialah skim cepat kaya. Mereka mensasarkan ahli baru untuk terus hidup dan menjerumus kepada konsep Money Games. Konsep ini adalah konsep dimana duit ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli lama. Jika tiada ahli baru menyertainya, ia akan terkubur. Bagi orang Islam, hasilnya adalah HARAM.

Jadi betul ke ada cara mudah promosi produk affiliate?

Betul. Anda mungkin tidak menyedarinya pun bila anda melakukannya. Serius!
  • Facebook – Ramai orang ada facebook. Sebenarnya menerusi facebook ini anda boleh mempromosikan produk affiliate yang ada sertai. Tapi bukan cara memasukkan link affiliate pada wall orang lain. Wall anda ia tidak salah. Tetapi menerusi Facebook Fanpage ataupun Facebook Group tertentu.
  • Blog – bagi mereka yang ada blog anda boleh letakkan banner pada blog anda. Cara yang paling berkesan ialah menulis review berkenaan produk yang anda promosikan. Ia sangat berkesan dan mempunyai conversion rate yang tinggi berbanding meletakan banner pada blog anda.
  • Forum – Anda boleh menjadi ahli forum tertentu. Pada signature, anda boleh letakkan link affiliate anda. Sambil anda berbincang dan berforum, anda mempromosikan produk affiliate pilihan anda secara tidak langsung.

3 kaedah ini merupakan cara mudah promosi produk affiliate.

Paling malas sekalipun anda boleh gunakan Facebook.Sebabnya ia adalah trend sekarang ini. Tak perlu saya cerita panjang kaedah lain yang mungkin agak teknikal untuk anda seperti landing page, Pay per Click, Google Adwords dan sebagainya.
Ambil salah satu kaedah sudah memadai. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk mempromosikan produk affiliate. Anda hanya perlu cari program affiliate yang anda rasakan boleh menjana jualan untuk anda. Tugas anda hanya membawa pelawat ke laman web affiliate. Tugas seterusnya akan diambil alih oleh surat jualan laman web berkenaan.
Harap anda artikel ini membantu anda untuk mula mempromosikan sebarang produk affiliate yang menjadi pilihan anda dengan mudah. Ia adalah satu cara mudah untuk mempromosikan produk affiliate. Bezanya ialah malaas dan rajin sahaja.
Selamat berjaya! Sekian sahaja artikel berkenaan Cara Mudah Promosi Produk Affiliate.
Sumber Asal: Samsuriyadi.com

Kuasa Profile Picture

Pernahkan anda terfikir apa yang memberi kekuatan dalam social networking seperti facebook? Apakah elemen utama yang membuatkan anda menjadi lebih profesional dan boleh membina relationship dengan komuniti facebook anda?
Adakah anda tahu dengan menggunakan Facebook sebagai medium, anda built relationship dengan lebih cepat, pantas, dan berkesan?
Apakah elemen paling terkuat dalam facebook marketing? Elemen tersebut ialah elemen visual. Apa yang dimaksudkan dengan visual? Visual paling jelas ialah gambar anda, iya gambar anda dalam facebook profile dan juga pages anda. Kenapa gambar? Gambar menceritakan beribu maksud.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, orang akan judge anda berdasarkan imej yang anda tontonkan pada mereka. 55% dari kepercayaan datang dari imej anda.
Dengan menggunakan Internet, orang tidak dapat berjumpa anda bukan? Jadi apa yang penting difokus dalam social networking? Perkara utama yang paling penting difokus ialah profile image anda!
Apa itu profile Image?
Profile image ialah image yang anda upload sebagai imej paparan utama anda.

Kenapa perlu fokus pada profile image?
Saya ingin bertanya pada anda, apakah perkara utama anda buat bila anda add friends atau orang add anda sebagai rakan mereka? Tentulah anda akan lihat profile image mereka dahulu , sama lah seperti saya. :D . Jadi sekarang sudah tentu anda bersetuju bahawa profile image memainkan 1st impression yang paling penting. :)
Bagaimana pula untuk membina profile image yang natural dan profesional?
  1. Buat gambar besar dan penuh berukuran 200px-600px .
  2. Pastikan muka anda senyum mata anda jelas dan jangan ada topi / rambut menutup wajah anda.
  3. Pakaian yang sesuai dengan tujuan anda, contohnya jika anda memberi servis atau menjual produk, pakai uniform anda atau pakai blazer yang sesuai.
  4. Pastikan anda ada background bisnes anda, contohnya suasana anda menjalankan perniagaan anda, atau imej company anda.
  5. Senaraikan servis anda dengan jelas di bahagian bawah profile image anda.

Semoga artikel kali ini membantu anda memahami betapa pentingnya profile image pada profile facebook dan profile pages anda.
Bagaimana pula anda fikir? Adakah anda mahu menggunakan dan optimize profile image anda? Bila anda mahu buat dan apakah anda ada idea tambahan untuk meningkatkan kuasa profile image anda? Anda boleh komen atau diskusi bersama saya, saya nanti dibawah ya! ;)

Artikel ini ditulis oleh:

Gero Azrul merupakan Usahawan Internet Sepenuh Masa Fokus Kepada Pemasaran Internet, Self Development, Public Speaking & Leadership. Beliau telah memulakan perniagaan Internet pada akhir 2006, dan mula mendapat pendapatan melalui Internet pada awal 2007. Fokus beliau sekarang ialah untuk membesarkan kapasiti dan komuniti perniagaan Internet Malaysia.
Sumber Asal: GeroAzrul.com